Baru!!! Khasiat Susu Kambing

FAST DOWNLOAD
Susu Kambing adalah makanan sunnah, dan ramai yang sudah tahu ia ada begitu banyak khasiat yang mampu memberikan kesihatan yang baik untuk tubuh badan manusia.

Khasiatnya yang bagus itu telah membuat ia menjadi minuman kegemaran para Nabi. Rasulullah S.A.W sendiri membela kambing dan meminum susu kambing yang segar dari ladang.

Ia juga banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa penyakit. Dan sudah tentunya bagus untuk kesihatan jika diamalkan secara berterusan.

Susu kambing yang boleh diminum tak mengira peringkat umur juga dianggap sebagai minuman terbaik didunia selepas susu ibu. Ini kerana kandungan serta gizinya yang tinggi serta kaya dengan lemak baik, protein, enzim, mineral dan vitamin.

 dan ramai yang sudah tahu ia ada begitu banyak khasiat yang mampu memberikan kesihatan ya Baru!!! Khasiat Susu Kambing

Khasiat Susu Kambing

Susu lembu hari ini lebih dikenali oleh orang ramai, tetapi ternyata susu kambing 2 kali ganda lebih baik daripada susu lembu.

Kandungan protein yang terdapat dalam susu kambing hampir menyamai susu ibu, dan ia lebih tinggi protein berbanding susu lembu.

Protein yang ada pada susu kambing mengandungi 22 asid amino serta 8 jenis asid amino yang penting, Ia juga tidak mengandungi jenis protein alpha-casein dan protein beta-casein yang mana mampu menyebabkan alahan.

Ia juga penting untuk perkembangan sel-sel otak untuk berhubung dan juga untuk sel saraf. Membentuk sel darah yang boleh menjadi penawar racun, iaitu detoksifikasi bahan kimia merbahaya yang masuk kedalam tubuh.

Membina protein dan enzim, bagus untuk otot, sendi, organ dan pundi.

Gabungan Kalsium dan fosforus akan menghasilkan calciumphosphate, dimana ia adalah satu komponen terpenting dalam membentuk struktur serta kekuatan tulang, bagus juga untuk beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kalsium dan fosforus yang terkandung dalam susu kambing juga penting untuk fungsi-fungsi berikut :-
  1. Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  2. Membolehkan penggumpalan darah
  3. Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  4. Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  5. Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  6. Mengawal degupan jantung
  7. Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  8. Menyingkirkan toksin dalam kolon
  9. Menurunkan tekanan darah
  10. Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  11. Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
  12. Trace Mineral – Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Susu Kambing Mengubati Penyakit

Istimewanya susu kambing juga adalah ia mampu menyembuh dan mencegah beberapa penyakit "dalaman", antaranya adalah :-
  • Penyakit demam kuning.
  • Penyakit lemah jantung.
  • Penyakit darah tinggi/pening-pening.
  • Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
  • Penyakit batuk kering.
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
  • Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
  • Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.

FAST DOWNLOAD
| Server1 | Server2 | Server3 |

Subscribe for latest Apps and Games


0 komentar:

Posting Komentar