Baru!!! Piala FA 2016 Preview : Kelantan vs KL UKM FC

FAST DOWNLOAD
 Perlawanan pertama Kelantan dalam saingan  Baru!!! Piala FA 2016 Preview : Kelantan vs KL UKM FC

Perlawanan pertama Kelantan dalam saingan Piala FA 2016 akan menerima kunjungan KL UKM FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada 20/02/2016. Ini adalah perlawanan diperingkat pusingan ke-2.

Selaku naib juara Piala FA musim lalu, sudah pastinya besar harapan Kelantan untuk terus mara sekali lagi sehingga ke perlawanan akhir.

KL UKM FC pula adalah pasukan daripada Liga FAM 2016, berjaya menewaskan Hanelang FC di pusingan 1. UKM FC menang melalui sepakan penalti 5-4 selepas terikat jaringan satu sama.

Kelantan sudah tentunya menjadi pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan ini. Kelantan turun dengan reputasi pernah merangkul 2 kali kejuaraan Piala FA dan 2 kali selaku naib juara.

Walaupun sejak musim 2013 prestasi pasukan Kelantan agak merundum. Namum dalam saingan Piala FA 2015 mereka berjaya mara sehingga ke peringkat akhir. Namum dikecewakan oleh Lions XII.

Dalam saingan Piala FA diperingkat awal ini, harap K. Devan merehatkan beberapa pemain utama dan mencuba gandingan pemain muda yang lain.

Keputusan diatas kertas memihak kepada pasukan Kelantan, namum dalam bolasepak apa-apa sahaja boleh berlaku.
FAST DOWNLOAD
| Server1 | Server2 | Server3 |

Subscribe for latest Apps and Games


0 komentar:

Posting Komentar