Baru!!! Preview Liga Super 2016 : Perak vs Kelantan

FAST DOWNLOAD
 Perak bertemu Kelantan di Stadium Ipoh pada  Baru!!! Preview Liga Super 2016 : Perak vs Kelantan


Perlawanan Liga Super 2016, Perak bertemu Kelantan di Stadium Ipoh pada 13/02/2016 (Siaran Langsung di TV9, jam 9.00 malam). Ini merupakan perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Pasukan Perak pada musim 2015 menduduki tangga ke-8 Liga Super diatas pasukan Kelantan yang berada di tangga ke-9. Kedua-dua pasukan berkongsi 28 mata hanya dibezakan dengan kelebihan gol.

Kiranya kekuatan kedua-dua pasukan ini agak seimbang dan sukar untuk menentukan pasukan mana yang memiliki kelebihan.

Dalam rekod pertemuan Liga Super bagi kedua-dua pasukan ini sejak 2013. Kelantan mencatat 3 kali menang, 2 kali seri dan Perak hanya mampu menang sekali sahaja. Dengan rekod diatas kertas Kelantan memiliki kelebihan.

Malah dalam dua pertemuan Perak dan Kelantan dalam Liga Super 2015, keputusan lebih memihak kepada pasukan Kelantan.

Rekod Pertemuan Perak vs Kelantan.:

Liga Super 2015

Perak (0) vs (0) Kelantan
Kelantan (1) vs (0) Perak


Liga Super 2014

Perak (2) vs (1) Perak
Kelantan (2) vs (1) Perak


Liga Super 2013

Kelantan (1) vs (1) Perak
Perak (0) vs (1) Kelantan


Namum semua itu hanya keputusan lalu dan analisis diatas kertas. Bergantung pada pemain dan percaturan jurulatih untuk mengatasi pasukan lawan. Setiap pasukan sudah pastinya mahukan kemenangan diawal musim untuk berikan momentum semangat kemenangan untuk mengharungi perlawanan yang seterusnya.


FAST DOWNLOAD
| Server1 | Server2 | Server3 |

Subscribe for latest Apps and Games


0 komentar:

Posting Komentar