Perlawanan Liga Super 2016, Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Satu perlawanan yang sudah pastinya akan memberikan kehangatan buat penyokong Kelantan khasnya.
Kelantan yang turun ke tangga ke-6 bakal berdepan pasukan yang sedang memecut laju di takhta liga.
Pertembungan kedua-dua pasukan ini dalam beberapa musim yang lepas agak tegang. Namum kini dengan prestasi Kelantan tidak menentu mampukah TRW bangkit mengatasi JDT yang kini berada di tahap moral yang begitu kental.
Kelantan setelah tewas kepada T-Team dengan jumlah jaringan yang besar 5-2 kini pastinya tercari-cari rentak kemenangan agar mereka tidak tersisih daripada persaingan pasukan teratas liga.
JDT pula turun sebagai pasukan pilihan walaupun mereka bertandang ke kubu lawan. Kini mereka dalam misi menpertahankan rekod tanpa kalah dalam perlawanan Liga Super musim ini.
Rekod Pertemuan Kelantan vs Johor Darul Takzim
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 2013 dalam saingan Liga Super menyaksikan JDT memiliki kelebihan. JDT pernah menang 4 kali, dengan satu keputusan seri dan Kelantan hanya menang sekali sahaja keatas JDT.Walaupun Kelantan beraksi di tempat sendiri, namum dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini mereka hanya mampu mencatat satu kemenangan dan satu keputusan seri sahaja.
Kekuatan diatas kertas jelas melihat peluang skuad TRW agak tipis, namum ini bola sepak tiada benda yang mustahil. Sama seperti pertemuan terakhir TRW vs JDT pada tahun lepas, dalam keadaan prestasi Kelantan yang menrundum namum mereka mampu menang besar keatas JDT.
Liga Super 2015
15/08/2015
Kelantan 4-1 Johor Darul Takzim
18/04/2015
Johor Darul takzim 3-1 Kelantan
Liga Super 2014
20/06/2014
Johor Darul Takzim 3-0 Kelantan
25/03/2014
Kelantan 1-2 Johor Darul Takzim
Liga Super 2013
22/05/2013
Johor Darul Takzim 2-0 Kelantan
15/01/2013
Kelantan 1-1 Johor Darul Takzim
0 komentar:
Posting Komentar