Kelantan yang baru sahaja bermain satu perlawanan liga, sudah pastinya masih segar dan bertenaga untuk memburu kemenangan seterusnya. Setelah diberikan 'rehat' yang panjang, diharap pemain-pemain Kelantan akan lebih serasi untuk beraksi lebih cemerlang.
Manakala bagi pasukan Felda United pula setelah mengharungi 2 perlawanan, mereka masih belum lagi berjaya meraih 3 mata penuh. Mereka tewas kepada JDT pada perlawanan pertama dan seri ketika menentang Kedah minggu lalu.
Jika silap pencaturan Kelantan, mungkin akan menjadi mangsa pertama Felda United pada musim ini. Ditambah pula dengan kelebihan mereka selaku tuan rumah.
Imbas kembali rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak 2013. Kekuatan Kelantan dan Felda United dilihat setara. Dalam 10 perlawanan, Felda United menang sebanyak 2 kali, 7 keputusan seri dan sekali sahaja Kelantan menang.
Namum sejak kebangkitan semula Felda United pada musim 2015, Kelantan masih belum berjaya mengatasi pasukan Felda United.
Tambahan pula barisan pemain dan ketua jurulatih kedua-dua pasukan sudah bertukar, jadi lebih sukar untuk kita meramalkan pasukan mana yang akan berjaya meraih 3 mata penuh nanti.
Rekod Perlawanan Felda United vs Kelantan
Liga Super 2016
03/08/16 : Kelantan 1-1 Felda United
04/05/16 : Felda United 2-0 Kelantan
Piala Malaysia 2015
17/10/15 : Felda united 2-2 Kelantan
18/09/15 : Kelantan 1-1 Felda United
Liga Super 2015
05/08/15 : Felda United 0-0 Kelantan
14/03/15 : Kelantan 0-1 Felda United
Piala FA 2014 (Semifinal)
31/05/14 : Felda united 2-2 Kelantan
06/05/14 : Kelantan 3-3 Felda United
*Felda United menang kelebihan gol ditempat lawan
Liga Super 2013
07/05/13 : Kelantan 3-0 Felda United
18/01/13 : Felda United 0-0 Kelantan
0 komentar:
Posting Komentar