Released, Qu Puteh Jadi Penaja The Red Warriors?

FAST DOWNLOAD
Antara isu hangat sebelum sepak mula Liga M 2016 adalah isu tajaan Pamoga Qu Puteh untuk pasukan Kelantan. Sebelum kecoh isu ini rata-rata peminat di laman sosial 'galak' nak Dato Vida bantu bola sepak Kelantan yang 'sakit' nak kumpul modal untuk terus 'hidup' dimusim 2016.

Tapi sekali dia keluar dia punya cadangan, Abe 3 hari tak boleh tidur malam.

  • Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu.
  • Nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).
Antara isu hangat sebelum sepak mula Liga M  Released, Qu Puteh Jadi Penaja The Red Warriors?

Hahaha, Abe memang dah agak akan ada permintaan yang pelik-pelik daripada Dato Vida ni. Sebab lama dah Abe duk perati cara dia buat promosi dekat tv. Dah berapa banyak program tv yang dia taja, memang setesen tv pun kena bertabah nak layan kerenah dia.

Dah nak buat macam mana, itu cara dia buat promosi.

Baiklah, kita ambil bahagian yang positif dahulu. Dato Vida taja pasukan TRW untuk terus bersaingan dalam liga, sebab TRW memang setiap tahun mengharapkan duit tajaan.

Kita kena lihat semangat Dato Vida ni, dia seorang usahawan yang berjaya. Dia tak ambil peduli pasal orang nak cakap pasal dia. Yang penting dia masyuk. Wanita besi!

Manalah tahu, pasukan TRW akan mendapat aura kejayaan selepas mendapat tajaan Qu Puteh nie.

Apa yang penyokong TRW rasa sedikit terkilan adalah pemintaannya yang agak keterlaluan.

Nak cat stadium jadi warna merah jambu?

Rilek la dato', dah tema Kelantan adalah The Red Warriors bukannya The Pinky Warriors. Warna Merah Putih itu adalah roh dan semangat bolasepak Kelantan. Kalau stadium pun dah tukar jadi warna pink, dah hilang separuh tradisi Merah Putih.

Nama pun nak kena tukar? The Red Warriors sudah meniti dibibir setiap penyokong. Inilah nama yang gah dan pernah meniti zaman kegemilangan. Jadi rasanya nama jolokan ini tak perlu ditukar. Dah hilang lagi separuh tradisi dan identiti TRW.

Abe rasa cukuplah dengan nama Pamoga Qu Puteh ditempek pada jersi. Papan iklan disekeliling stadium dengan Pamoga Qu Puteh. Dan buat aksi "Qu Puteh Qu Puteh, Barulah Puteh" setiap kali menjaringkan gol...hahaha

Apa-apa pun keputusan beum muktamad, jadi Abe minta KAFA dan Dato VIda mendapat kata putus yang terbaik untuk kembalikan kegemilangan TRW di arena bolasepak Malaysia.

FAST DOWNLOAD
| Server1 | Server2 | Server3 |

Subscribe for latest Apps and Games


0 komentar:

Posting Komentar